mitra malaysia

Memperkuat Masa Depan Islam di Asia Tenggara

Dalam kunjungannya ke Indonesia, Membangun Insan & Tamadun Rantau Asia (MITRA) Malaysia bekerjsama dengan Center For Information and Development Studies (CIDES) Indonesia mengadakan seminar di Jakarta.

Dalam seminar bertajuk Memperkuat Masa Depan Islam di Asia Tenggara ini MITRA dan CIDES mengundang aneka elemen pergerakan Islam, antara lain PII, HMI, PKPIM, GPMS, KS 212, UNAS, Yayasan Global Learning Madani dan lain-lain. Dalam seminar ini, dihasilkan resolusi sebagai berikut:

RESOLUSI SEMINAR PEMBANGUNAN MANUSIA DAN PERADABAN ASIA TENGGARA

“ILTIZAM JAKARTA 2019”

Alhamdulillah, seminar bertemakan : Memperkuat Masa Depan Islam di Asia Tenggara telah berlangsung dengan jayanya di Jakarta, 15 Oktober 2019.

Seminar bermuafakat dengan resolusi-resolusi berikut;

  1. Mengaktifkan semula Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) dengan sokongan semua pihak sebagai wadah memperkuat generasi muda Muslim sekaligus masa depan Islam terutamanya di Asia Tenggara.
  2. Mewujudkan Forum Aktivis Muslim Asia Tenggara (FAMAT) sebagai wadah memperkuat umat Islam di setiap segmen tamadun.
  3. Mempromosi gerakan koperasi di Asia Tenggara dengan Koperasi Syariah 212 sebagai contoh pentingnya.
  4. Menyokong MITRA dalam menyebarluaskan pemahaman dan kemudiannya aplikasi bagi IGENS ( Interest-free Group-based Electronic Netting System).
  5. Menyemarakkan kerjasama antara MITRA, CIDES, Universiti Nasional (UNAS) dan lain-lainnya.
  6. Memperhebatkan rangkaian komunikasi dalam komuniti Muslim Asia Tenggara melalui whatapps, instagram dan seumpamanya secara sihat dan berhemah.
  7. Memperkukuh jaringan pendidikan Islami terpadu dan pendekatan ilmu yang bersepadu.
  8. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan Masyarakat Madani dan Kepemimpinan Berhikmah disemua peringkat.

Semoga Allah SWT memberikan bimbingan, kekuatan, istiqamah dan kebahagiaan dalam mencapai kejayaan dunia akhirat (al falah). Resolusi ini disusun dan disampaikan oleh Mustaffa Kamil Ayub (Pengerusi MITRA) pada 15 Oktober 2019 di Jakarta.

Mempromosikan gerakan koperasi di Asia Tenggara dg @kopsyariah212 sebagai contohnya Click To Tweet